Kini, gaya rambut pendek sebenarnya bukan hanya untuk golongan lelaki, bahkan juga gaya rambut sebegini sudah lama dijadikan trend di kalangan wanita. Malah selebriti antarabangsa dan tempatan juga menjadikan rambut pendek sebagai imej terbaru mereka untuk menampilkan kelainan.
Dengan kreativiti pendandan rambut berserta dengan penghasilan produk- produk penggayaan rambut, gaya rambut pendek kini sudah boleh dipelbagaikan. Lebih menarik, pada masa yang sama, imej feminim boleh dikekalkan asalkan tahu caranya. Percayalah, walaupun berambut pendek, anda tetap mampu tampil cantik!
_________________________________________________________________________________
Sesuai atau Tidak?
Berambut pendek bukan bererti rambut dipotong pendek begitu sahaja. Ia turut memerlukan kesesuaian dengan bentuk wajah seseorang itu. Berikut adalah bentuk wajah dan potongan rambut pendek mingikut kesesuaiannya :
OVAL
Bentuk wajah sebegini lazimnya sedikit kecil. Justeru, potongan rambut pendek memang sesuai bagi menonjolkan lagi leher yang jinjang.
BERSEGI
Jika mahu berambut pendek, si pemilik wajah bersegi harus memastikan paras rambut sisi menutupi bahagian rahang bagi menimbulkan ilusi tirus dan garis wajah lebih lembut
BUJUR
Gaya rambut pendek yang diinginkan adalah disarankan dengan potongan bangs di dahi. Paras potongan bangs ini hendaklah menutupi bahagian dahi dengan kepanjangan sama dengan bahagian bawah mata. Ini mampu memberi ilusi wajah lebih pendek.
BULAT
Potongan layer boleh dijadikan pilihan. Tutup bahagian pipi dan rahang dengan potongan layer yang lembut. Kemudian, gunakan wax untuk mempertegaskan lagi teksturnya.
_________________________________________________________________________________
( potongan rambut pendek yang popular )
POTONGAN 'BOB'
Potongan rambut bob merupakan gaya rambut yang popular dan terus digilai. Ia hanya mampu mempamerkan gaya klasik, namun variasi potongan bob lebih meluas untuk dijadikan pilihan. Potongan bob bagaimanapun akan kelihatan cantik terutamanya bagi wanita yang mempunyai stuktur tulang wajah yang baik. Sekirannya anda mempunyai bentuk wajah bulat, potongan bob yang lebih panjang sangat sesuai.
POTONGAN 'EDGY'
Potongan rambut edyg dapat menghasilkan imej lasak dan dramatik. Penegasan yang diberikan adalah pada struktur potongan hujung rambutnya, sama ada layer ataupun spike. Tata gaya rambut lazimnya menggunakan wax untuk kesan edgy yang lebih lama.
Tapi harus diingat. Berambut pendek bukan bermakna amda perlu mencucinya setiap hari dengan alasan ia cepat kotor. Sebaik-baiknya, cucilah rambut setiap dua hari dengan menberikan kelembapan tambahan pada setiap batangnya.
Rambut yang pendek akan membuatkan penampilan seseorang itu lebih mudah berfokus terhadap bentuk wajah. Oleh itu, pastikan potongan rambut yang hendak dibuat sesuai dengan bentuk wajah anda. Dapatkan rundingan dan nasihat daripada pendandan rambut.
Walaupun berambut pendek, anda masih perlu melakukan rawatan. Trim rambut anda dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya enam minggu sekali kerana rambut pendek lebih mudah kehilangan bentuknya berbanding rambut panjang.
Bagi wanita yang bertubuh tinggi atau gempal, elakkan daripada memotong rambut terlalu pendek kerana ia lebih sesuai untuk wanita yang bertubuh kecil ( petite ). Ini penting untuk memastikan penampilan anda seimbang.
_________________________________________________________________________________
ALAT PENGGAYAAN
Produk penggayaan rambut sememangnya sangat membantu dalam mendapat gaya rambut sepertimana yang diinginkan. Berikut adalah antara produk dan tip penjagaan potongan rambut pendek mengikut struktur rambut itu sendiri :
*Rambut lurus
Potongan rambut pendek yang lurus sangat mudah diuruskan. Krim rambut volumizer boleh digunakan bagi memastikan rambut tidak meleper ( flat ).
*Rambut ikal / beralun
Untuk menguruskan rambut yang ikal dan beralun, pengering rambut dan flat iron sangat membantu. Rambut yang pendek akan kelihatan lebih kemas dan sekata dengan bantuan dua alat penggayaan rambut ini.
*Rambut keriting
Sebelum memilih untuk memotong rambut pendek, si pemilik rambut keriting perlu memastikan pilihan potongan yang hendak dibuat adalah tepat. Ini kerana rambut keriting lebih mudah berhadapan dengan masalah frizz dan akan kelihatan tiga segi dan kembang. Justeru, paras pendek yang disarankan adalah beberapa inci di bawah dagu.





