Selasa, 27 November 2012

MiLiKi RaMbUt PeNdEk

Benar atau tidak memiliki potongan rambut yang lebih
pendek lebih mudah untuk dijaga?
Memang mudah dijaga tetapi rambut pendek
memerlukan pemerhatian yang lebih rapi.
Ini kerana rambut pendek memerlukan potongan 
rambut yang lebih kerap berbanding rambut yang panjang.
Selain itu, stail rambut ini perlu sentiasa nampak cantik dengan potongan yang sesuai.
Potongan rambut pendek selebriti- selebriti ini adalah antara contoh yang terbaik yang boleh kamu cuba !



Revolusi Beg Tangan

Bag tangan atau tas tangan adalah salah satu aksesori terpenting
bagi seorang gadis. Ia bukan sahaja digunakan untuk menyimpan barang- barang
malah kewujudan beg tangan juga dilihat menjadi sebahagian
daripada trend atau fesyen semasa.

Mula Di Perkenalkan :
Beg tangan diperkenalkan sejak kurun ke-14 lagi. kemudian, ia mula dikormersialkan pada kurun ke-17 di mana kewujudan beg tangan pada zaman ini digunakan untuk menyimpan barang- barang yang lebih besar. Ia bukan sahaja digayakan oleh perempuan malah turut dipakai oleh golongan lelaki. Manakala pada kurun ke-18 sentuhan kreatif oleh gadis- gadis pada kurun tersebut terus membawa beg tangan menjadi lebih unik dan 'fashionable'. Dari semasa ke semasa beg tangan terus digayakan dengan lebih meluas apabila setiap wanita mengalas beg tangan walau dimana sahaja mereka pergi. Bukan itu sahaja beg tangan digayakan juga sentiasa bersesuaian dengan tempat dan majlis yang sentiasa mereka pergi.

Terus Berkembang :
Seiring dengan perkembangan fesyen pada sekitar tahun 1940, rekaan beg tangan telah diperbagaikan dan muncul dengan pelbagai pilihan warna, rekaan serta jenama. Berikutan dari impak tersebut maka muncullah jenama- jenama seperti Channel, Louis Vuitton dan Hermes sekitar tahun 1950. Apa yang menariknya, jenama- jenama ini telah menjadi pilihan dan kegilaan ramai pada ketika itu. Sambutan yang menggalakkan menjadi jenama- jenama ini terus terkenal dan mengeluarkan beg tangan yang berkualiti dari semasa ke semasa, malah harganya juga semakin tinggi. Biarpun begitu ia masih terus mendapat sambutan sehingga ke hari ini kerana rekaannya yang menarik serta menepati cita rasa peminat fesyen. 

Pengenalan

Hey ! My name Nurul Izatul Najihah. Just call me jihah. I'm 13 years old. This is my first blog, soo enjoy k. If i make wrong, i'm sorry.